LAPORAN SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
PENGURUSAN ALAM SEKITAR
SEBAGAI
SUMBER DARI SEGI SAINS DAN
PERSPEKTIF ISLAM
NAMA PENSYARAH: MOHD NOOR
ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI
NAMA
AHLI KUMPULAN:
SITI
NORHALEEZA BINTI RUSMADI 02DKA14F2013
NORSHAZELIANA
SHAZREEN BINTI ABDUL MALEK
02DKA14F2041
NURUL
ATIQAH BINTI ZAKARIA 02DKA14F2055
ISI KANDUNGAN
NO
|
TAJUK
|
M/SURAT
|
1
|
PENGENALAN
|
3
|
2
|
KEPENTINGAN
ALAM SEKITAR MENURUT PANDANGAN ISLAM
|
4-6
|
3
|
SURAH DAN AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR
|
7
|
4
|
PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM
|
8-10
|
5
|
KONSEP
PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM SUDUT :
“SYARIAH”
|
11
|
6
|
KONSEP
PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM SUDUT:
“AKHLAK”
|
12-13
|
7
|
KESIMPULAN
|
14
|
Pengenalan
Pemeliharaan alam sekitar merupakan satu elemen yang
penting untuk memastikan kesinambungan kehidupan manusia di dunia ini. Dalam
Islam, kehidupan manusia tidak hanya terbatas kepada hubungan sesama manusia
tetapi manusia juga diwajibkan menjalinkan hubungan yang baik dengan alam
sekitar. Kesejahteraan hidup yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada
hubungan harmoni antara manusia dan alam sekitarnya. Setiap kali manusia
menarik nafas maka bahan yang disedut ialah gas oksigen. Gas oksigen ini
dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan. Sebaliknya, tumbuh-tumbuhan sendiri
menghasilkan gas oksigen daripada karbon dioksida yang di dapati daripada
manusia dan haiwan. Proses ini akan berulang dan sekiranya ia terhenti, maka
kemungkinan tiada lagi penghuni di alam ini.
Al-Quran mempunyai pendekatan sendiri dalam menghuraikan
konsep kejadian alam. Al-Quran menegaskan bahawa unsur pertama yang membawa
kepada pembentukan alam ini ialah air. Hal ini ditegaskan di dalam Al-Quran
berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“…dan adalah singgahsana
Allah S.W.T (sebelum itu) di atas air…”
(Hud:7)
Dalam ayat Al-Quran yang lain, Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud:
“Dan tidakkah orang-orang kafir itu
memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asalnya
mula bercantum (sebagai benda yang satu) lalu Kami pisahkan antara
keduanya..?Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup..?Maka mengapa
mereka tidak mahu beriman. Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang
mantapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka,dan Kami jadikan padanya
celah-celah sebagai jalan-jalan lalu lalang, supaya mereka dapat sampai kepada
mencapai keperluan rohani dan jasmani. Dan Kami jadikan langit sebagai bumbung
yang terpelihara dan terkawal. Sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak
memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya”
(Al-Anbiya’:30-32)
Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling Malaysia (1974), alam
sekitar atau persekitaran bermaksud faktor-faktor fizikal yang mengelilingi
kehidupan manusia . Ia termasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa,
faktor-faktor biologi dan juga faktor-faktor sosial.yang saling bergantung
sesama sendiri, di antara faktor-faktor biologi dengan faktor-faktor fizikal.
Manakala, definisi yang lain pula mengatakan bahawa alam sekitar adalah sebagai
ekosfera yang mengandungi ekosistem-ekosistem yang saling berinteraksi.
Ekosistem pula terdiri daripada faktor-faktor biologi yang saling bergantung
sesama sendiri, di antara faktor-faktor biologi dengan faktor-faktor fizikal
(Ahmad Badri,1987). Dalam pengertian sains dan teknologi pula, alam sekitar
atau persekitaran boleh membawa maksud segala apa yang ada di sekeliling dan
berhubung kait dengannya, sehingga menimbulkan suatu suasana atau keadaan.
Justeru, setiap sesuatu yang ada di alam nyata ini mempunyai persekitarannya
masing-masing, dan sesuatu itu boleh menjadi persekitaran kepada sesuatu yang
lain (Fadil Othman, 1996).
Kepentingan Alam Sekitar Menurut
Pandangan Islam
Masyarakat seharusnya dididik dan diterapkan tentang
kepentingan alam ciptaan Tuhan ini bagi melahirkan masyarakat yang bersyukur
dan menghargai segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Alam tabii
penting kepada manusia serta semua hidupan lain kerana ia merupakan tempat
segala aktiviti manusia termasuklah untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.
Alam tabii terdiri daripada tiga sumber utama iaitu tanah, udara dan air. Semua
sumber alam ini diperlukan untuk menjamin kehidupan manusia. Setiap individu
memerlukan alam sekitar yang bersih untuk meneruskan kehidupan di muka bumi
ini. Udara yang bersih amat diperlukan untuk pernafasan yang baik bagi menjamin
kesihatan yang memuaskan. Begitu juga sumber air yang bersih amat penting untuk
memenuhi keperluan harian manusia termasuklah untuk melakukan ibadat seperti
mengambil wuduk dan sebagainya. Manakala, tanah yang subur juga penting untuk
menjadikan hasil pertanian dan tumbuh-tumbuhan hidup segar dan boleh
membekalkan udara yang bersih kepada manusia. Alam tabii yang bersih juga
penting untuk pertumbuhan mental dan fizikal yang baik. Contohnya, mengikut
tradisi orang Arab pada masa dahulu, setiap anak yang lahir di bandar akan
dihantar dan disusukan di kampung yang mempunyai DP. Jilid 7, Bil. 1/2007
Pendidikan Sains 33 suasana yang lebih indah dan tenang dengan udara yang lebih
segar berbanding di bandar. Rasulullah s.a.w sendiri telah dihantar ke kawasan
perkampungan Arab Badwi dan tinggal di sana selama empat tahun. Hasilnya,
baginda menjadi seorang yang cergas, dapat bertutur dengan fasih dan pandai
menunggang kuda kerana keadaan padang pasir yang tenang dan udara yang bersih
(Mustafa, 1972). Islam sangat mengambil berat tentang kebersihan, keindahan dan
kebaikan kerana Allah S.W.T amat menyukai kebaikan, kesucian dan keindahan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah S.W.T itu
baik dan menyukai yang baik, bersih dan menyukai yang bersih, mulia dan
menyukai yang mulia, pemurah dan menyukai kemurahan.”
(Riwayat Tarmizi)
Kepentingan tanah sebagai sumber alam kepada manusia dan
haiwan ialah sebagai:
• Tempat tinggal
Allah S.W.T telah menjadikan manusia dan juga telah
mencipta tempat tinggal yang terbaik untuk manusia di atas muka bumi ini.
Maksud firman Allah S.W.T;
“Bukankah Kami telah menjadikan bumi tempat berkumpul orang yang
hidup dan mati (orang hidup berkumpul di permukaannya dan orang mati ditanam di
perut bumi).”
(Al-Mursilat:25-26)
• Tempat menyimpan sisa-sisa buangan
Fungsi tanah amat penting untuk menyerap dan menyimpan
sisa-sisa yang tidak digunakan lagi supaya tidak mencemarkan alam sekitar.
Apabila sisasisa itu telah disimpan dan diserap oleh tanah maka ia tidak lagi
mengganggu manusia dengan bau yang busuk, gangguan kesihatan dan sebagainya.
Namun begitu, sisa-sisa buangan itu hendaklah ditanam di kawasan-kawasan
tertentu supaya tidak mencemarkan kawasan lain.
• Tempat menyimpan dan menapis air
Allah S.W.T telah menurunkan air hujan supaya penduduk di
muka bumi ini dapat memanfaatkannya. Air hujan yang diturunkan akan menyerap
masuk ke perut bumi dan akan dikeluarkan kembali untuk faedah manusia dan
haiwan di muka bumi melalui mata air yang memancar keluar dari gunung-ganang
yang kemudian menjadi air terjun yang jernih dan sejuk mngalir menjadi
sungai-sungai. Allah S.W.T menjelaskan berkenaan hal ini di dalam Al-Quran yang
bermaksud;
“Dan Kami telah menurunkan
air hujan dari langit (dengan sukatan tertentu) serta Kami tempatkannya
tersimpan di dalam bumi,dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa
melenyapkannya.”
(Al-Mukminun:18)
• Tempat untuk pengeluaran hasil pertanian dan ternakan
Struktur tanah yang subur amat penting untuk akiviti
pertanian di samping meningkatkan pengeluarannya bagi menampung keperluan hidup
manusia. Hal ini disebabkan sumber utama makanan manusia adalah berpunca
daripada hasil pertanian. Selain itu, tanah-tanah lembah yang dipenuhi tumbuhan
menghijau juga amat sesuai dijadikan tempat untuk memelihara binatang ternakan.
Maksud Firman Allah S.W.T:
“Tanah
yang baik tumbuh tanamannya (dengan subur) dengan izin Tuhan (Allah), tetapi
tanah yang tidak baik, tumbuh-tumbuhannya hanya tumbuh merana. Begitulah Kami
menjelaskan keterangan itu untuk kamu yang bersyukur (menghargai jasa).”
(Al-A’raf:58)
• Sumber sedekah
Tanah boleh dijadikan sumber sedekah sama ada kepada sanak saudara,
sahabat handai dan sebagainya. Tanah juga boleh diwakafkan untuk kepentingan
umat Islam seperti untuk dijadikan masjid, rumah anak-anak yatim, sekolah dan
sebagainya. Sudah pasti tanah yang ingin disedekahkan untuk tujuan kebaikan
mempunyai nilai dan kualiti yang baik dan bukannya tanah yang telah tercemar.
Tanah yang telah tercemar hanya akan memberikan kesan yang negatif kepada
manusia, haiwan dan tumbuhtumbuhan. (Norhibah, 1999)
• Sumber makanan dan minuman
Manusia dan makhluk lain di muka bumi ini amat memerlukan
air untuk diminum dan menghadamkan makanan di dalam perut. Allah S.W.T telah
memelihara nilai air dengan sebaik-baiknya supaya kehidupan manusia tidak
terjejas. Buktinya, Allah S.W.T telah mengadakan sempadan antara air tawar
dengan air masin sehingga kedua-duanya tidak bercampur. Hal ini disebabkan
manusia tidak boleh meminum air laut yang mengandungi garam yang tinggi.
Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah S.W.T di dalam AlQuran yang bermaksud:
“Dan Dialah (Allah S.W.T) yang memberikan dua laut mengalir
(berdampingan),yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit. Dia
jadikan antara kedua-duanya dinding dan batas yang menghalangi.”
(Al-Furqan:53)
• Sumber tenaga
Air juga dapat menjadi sumber kepada pengeluaran tenaga
elektrik hidro untuk kegunaan penduduk serta pertumbuhan ekonomi. Selain
daripada dapat menjana tenaga elektrik hidro, empangan air tersebut juga boleh
menampung air sungai supaya tidak melimpah dan menyebabkan kejadian banjir.
• Tempat mencari rezeki
Laut dan sungai juga dapat menyediakan peluang pekerjaan
kepada manusia contohnya sebagai nelayan, ahli pelayaran dan sebagainya. Di
dalam laut juga terdapat sumber ekonomi, perhiasan dan sumber lain yang penting
kepada manusia. Hal ini telah diterangkan oleh Allah S.W.T dalam firmanNya yang
bermaksud;
“ Dan Dialah yang menyediakan lautan, supaya
kamu dapat makan daripadanya daging yang segar dan kamu dapat pula mengeluarkan
daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya dan kamu juga dapat melihat
kapal-kapal belayar padanya, supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah
kurniaNya dan supaya kamu bersyukur”
(Al-Nahl:14)
Antara surah-surah dan ayat-ayat
Al-Quran yang disebut tentang semua yang berkaitan alam sekitar seperti
yang berikut :-
1.
PERINTAH UNTUK TIDAK BERBUAT KEROSAKAN
DI BUMI
• Surah Asy Syu'araa : ayat 183
“Dan janganlah
kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajarela
melakukan kerosakan di bumi”
2.
KESAN DAN AKIBAT DARIPADA PERBUATAN MANUSIA
• Surah Ar-Rum : ayat 41
“telah
timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab
apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana
Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan
buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”
3. BALASAN BAGI ORANG YANG BERBUAT KEROSAKAN
• Surah Ar-Ra'd : ayat 25
“dan
(sebaliknya) orang-orang Yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah
diperteguhkannya dan memustuskan perkara-perkara Yang disuruh oleh Allah supaya
dihubungkan, serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, -
mereka itu beroleh laknat, dan mereka pula beroleh akal fikiran Yang melarang
kaumnya dari perbuatan -perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada
Yang melarang melainkan sedikit sahaja, Iaitu orang-orang Yang Kami telah
selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang Yang tidak melarang itu telah
menitikberatkan segala kemewahan Yang diberikan kepada mereka dan menjadilah
mereka orang-orang Yang berdosa”.
Pemuliharaan Alam Sekitar Menurut
Islam
Dalam Islam, pendidikan mempunyai kaitan dengan pembangunan
sistem kepercayaan individu dan nilai yang membantu membina pandangan yang mantap
tentang kehidupannya. Ia juga mempunyai kaitan dengan penyampaian ilmu tentang
penciptaan yang membangkitkan kekagumannya terhadap Pencipta dan menggalakkan
kefahamannya tentang keperluan menjaga dan menghormati apa sahaja sumber-sumber
penciptaan yang digunakan demi faedah manusia (Yunus Negus, 1991). Di dalam
ajaran Islam sebagaimana yang telah ditunjuki Rasulullah s.a.w. dan para
sahabat r.a, soal kepentingan menjaga kebersihan, kesihatan dan alam sekitar
memang dititikberatkan. Ini penting untuk menjamin keselesaan dan kesejahteraan
hidup yang menjadi fitrah manusia untuk menikmatinya. Ajaran Islam yang memang
sesuai dengan fitrah manusia menganjurkan supaya umatnya mengawal keadaan
persekitarannya agar wujud suasana yang harmoni, selesa dan damai seperti mana
firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan Allah mengadakan untukmu segala apa yang
ada di bumi ini dan seluruhnya.”
(Surah al-Hajj 22:65)
“Dan janganlah
kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah memperbaikinya.”
(Surah al-A’raf 7:56)
Aspek utama dalam setiap perkara yang ingin dilakukan dalam
kehidupan ini ialah konsep tauhid iaitu kepercayaan dan keimanan yang
sepenuhnya terhadap Tuhan Yang Maha Esa iaitu Allah S.W.T. Begitu juga dalam
hal memulihara alam tabii. Keimanan yang teguh kepada Allah S.W.T. dapat
menundukkan kepentingan individu kepada kepentingan masyarakat. Sifat
individualistik tidak akan diamalkan dalam menggunakan sumbersumber alam tabii.
Ini disebabkan seseorang yang beriman kepada Allah S.W.T serta hari akhirat
dengan sebenar-benarnya akan sentiasa mengingati bahawa setiap perbuatannya di
muka bumi pasti akan diadili pada hari akhirat kelak. Hal ini merupakan ikatan
yang kuat untuk mencegah manusia membuat sesuatu kerosakan di dunia ini.Walaupun
keimanan dalam diri dapat mencegah manusia daripada melakukan kerosakan di
dunia ini namun undang-undang dan peraturan tertentu masih diperlukan dalam
memastikan kepentingan masyarakat dapat dipelihara dengan sebaik-baiknya. Ini
disebabkan tahap keimanan manusia yang berbeza dan memerlukan kepada suatu
undangundang untuk mengawal peradaban manusia. Syari’ah adalah teras
perundangan hidup Islam yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia dan
meliputi kehidupan peribadi, sosial, politik dan sebagainya. Dalam pemuliharaan
alam semula jadi, salah satu prinsip syari’ah yang paling asas ialah
pengisytiharan Nabi Muhammad s.a.w bahawa “tidak boleh merosakkan dan tidak
boleh mengekalkan kerosakan”. Para sarjana undang-undang Islam menjelaskan
maksud prinsip tersebut ialah tiada siapa yang boleh menyebabkan kecederaan ke
atas makhluk lain dan tidak boleh menyalahgunakan hak-hak asas yang diberikan
kepada mereka (Llewellyn, 1982).
Dalam Islam terdapat beberapa prinsip yang penting tentang
hubungan antara manusia dengan alam sekitar. Antaranya ialah:
i.
Setiap ciptaan Allah di atas muka bumi
ini telah diciptakan mempunyai peranan dan fungsi tertentu. Segalanya saling
melengkapi antara satu sama lain. Hal ini dapat dilihat daripada firman Allah
S.W.T. di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut taqdir (yang telah ditentukan)”
(Al-Qamar:49)
ii. Allah tidak menciptakan sesuatu dengan
sia-sia sahaja. Setiap ciptaan Allah menjadi bukti
kebesaran dan
sebagai tanda kekuasaan Allah. Maksud firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran:
“Dan tidaklah
Kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan
main-main. Sekiranya Kami hendak membuat sesuatu permainan, tentulah kami
membuatnya dari sisi Kami. Jika Kami menghendaki berbuat demikian (tetapi Kami
tidak melakukan perkara demikian itu).”
(Al-Anbiya’:16-17)
“Dialah Tuhan
yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan dan Dia telah mengadakan
bagi kamu padanya jalan-jalan untuk lalu-lalang; dan Dia juga telah menurunkan
hujan dari langit.Maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan
yang berlain-lain keadaannya. Makanlah kamu daripadanya dan berilah makan
binatang-binatang ternak kamu, sesungguhnya semuanya itu mengandungi
tanda-tanda yang membuktikan kemurahan Allah, bagi orang-orang yang berakal
fikiran.”
(Taha:53-54)
iii. Manusia
adalah sebahagian daripada alam ciptaan Allah dan mempunyai hubungan yang rapat
dengan alam
sekitarnya. Manusia juga telah ditugaskan sebagai khalifah di muka bumi yang
bertanggung
jawab untuk menguruskan bumi ini sebaik mungkin seperti maksud firman Allah
S.W.T. di
dalam Al-Quran:
“(Ingatlah) ketikaTuhanmu berfirman kepada Malaikat:
Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang Khalifah di atas muka bumi. Maka
mereka menjawab :Adakah patut Engkau menjadikan di atas muka bumi orang yang
berbuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami bertasbih memuji Engkau
dan mensucikan Engkau? Allah berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa
yang tiada kamu ketahui. Allah mengajarnya semua nama benda kemudian dibawa
benda-benda itu kepada Malaikat,lalu Allah berfirman; “Khabarkan kepada-Ku nama
benda-benda ini, jika kamu yang benar”. Jawab mereka: “Maha Suci Engkau
tidaklah kami tahu sesuatu itu kecuali apa-apa yang engkau ajarkan kepada kami,
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana”.Allah berfirman: “Hai
Adam, beritahulah kepada Malaikat nama benda-benda ini.”
(al-Baqarah:30-32)
iv. Konsep keadilan
dalam Islam meliputi semua makhluk sama ada haiwan, tumbuhan dan
sebagainya yang
ada di atas muka bumi ini.
Maksud firman
Allah s.w.t.:
“Dan
tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burungburung yang terbang
dengan kedua-dua sayapnya, adalah umat-umat seperti kamu juga. Dan mereka akan
dihimpunkan kepada Tuhan mereka akhirnya.”
(Al-An’am:38)
v. Manusia tidak
berhak untuk mengekploitasi sumber alam sewenangwenangnya kerana segalanya
adalah milik
Allah. Setiap makhluk ciptaan Allah adalah sama tarafnya dengan manusia. Allah
s.w.t berfirman
di dalam al-Quran:
“Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan
segala yang ada di bumi. Dialah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”
(Al-Hajj:64)
“Tidakkah
kamu tahu bahawasanya kepada Allah bertasbih segala apa yang ada di langit dan
di bumi dan burung-burung yang mengembangkan sayapnya. Masing-masing mengetahui
(cara) berdoa dan bertasbih. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Nur:41)
Di samping itu, konsep ibadat di dalam Islam tidak hanya
terhad kepada ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji sahaja namun
turut meliputi segala perbuatan yang mendatangkan kebaikan kepada manusia
ataupun alam sekitarnya. Malahan, perbuatan meninggalkan segala larangan Allah
S.W.T juga merupakan satu perjuangan yang memberikan pahala kepada umat Islam.
Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T dengan tegas melarang manusia daripada melakukan
kerosakan di muka bumi dengan maksud firman-Nya:
“…janganlah kamu membuat bencana dan
kerosakan di muka bumi…”
(Al-Baqarah:11)
“…dan
janganlah kamu bermaharajalela di muka bumi dengan melakukan kerosakan.”
(Al-Syu’ara:183)
KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM SUDUT :
“SYARIAH”
Umum
mengetahui, syariah merupakan perundangan hidup Islam yang berlandaskan Al
Quran dan As Sunnah. Perlaksanaan syariah dalam konsep penjagaan alam sekitar
cukup memberi impak yang besar. Hal ini kerana hanya Islam yang melaksanakan
lunas-lunas peraturan yang berasaskan Islam agar persekitaran alam sekitar di
kekalkan dan di gunapakai mengikut peraturan-peraturan yang telah di tetapkan
dan bukan hanya mengikut hawa nafsu dan kehendak manusia semata-mata.
Alam sekitar
merupakan salah satu kurniaan teragung Allah S.W.T kepada ummat-ummatnya dalam
memenuhi tuntutan fitrah manusia. Malahan, bumi ini hanyalah tanah gersang
semata-mata andai tidak dikurniakan alam sekitar yang indah seterusnya menjadi
tempat tinggal bagi manusia serta makhluk sekalian alam untuk mensyukuri serta
menikmati keindahan ciptaan Allah S.W.T.
Dalam memenuhi
tuntutan hidup sebagai manusia serta khalifah Allah di muka bumi ini, manusia
perlu dipandu dan diajar mengikut ajaran-ajaran yang telah ditetapkan Islam.
Pendidikan Islam dalam mendidik manusia terhadap penjagaan alam sekitar amat
berbeza dengan pendidikan yang ingin disampaikan oleh barat. Pendidikan Islam merangkumi
aspek fizikal dan rohani tetapi pendidikan barat hanya menekankan aspek
fizikal.
Saban waktu alam
sekitar sering dikaitkan dengan penerokaan terhadap alam sekitar seperti
pokok-pokok dan tumbuh-tumbahan yang menghijau merupakan elemen utama dan
penting bagi membekalkan sumber oksigen kepada makhluk sekalian alam. Andai
alam sekitar ini tidak diurus tadbir dengan seeloknya seperti pembalakan yang
tidak terurusserta pencemaran alam sekitar yang berleluasa dikhuatiri bakal
mengancam kebelangsungan hidup makhluk-makhluk yang mendiami. Di sinilah peri
pentingnya, syariah dalam mengurus tadbir penjagaan dan penggunaan alam
sekitar. Dalam syariah, Islam
menggariskan perkara-perkara tertentu agar elemen-elemen penting alam sekitar
dapat disedia dengan rapi dan seimbang untuk menjamin masa hadapan kepada
generasi-generasi mendatang. Sesuai dengan apa yang telah dinyatakan oleh Allah
di dalam Al Quran bahawasanya Allah berfirman dalam Surah Ar-Ra'du:3,
“Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang
luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai
(yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya
pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti.
Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum
yang (mahu) berfikir”
KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM SUDUT:
“AKHLAK”
Definisi akhlak
dari sudut bahasa iakah berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata
jama' daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat, kelakuan, perangai,
tingkah laku, maruah, adat kebiasaan, malah ia juga bererti agama itu sendiri.
Manakala dari sudut isitilah pula ialah sifat yang tertanam di dalam diri yang
dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran,
penelitian dan paksaan. Akhlak juga merupakan satu fasa yang membincangkan
tingkah laku dan tatacara hubungan manusia terhadap Allah, hubungan manusia
dengan manusia serta manusai dengan alam sekitar.
Konsep
penjagaan alam sekitar perspektif Islam juga turut menekankan dari sudut
akhlak. Ini kerana, akhlak memainkan peranan penting yang berkait rapat lahir
dari Aqidah yang utuh serta pemahaman yang terperinci dalam syariah. Melalui
akhlak, keperibadian seseorang muslim dibina dengan sifat-sifat yang terpuji
dalam tindakan terhadap alam sekitar. Empat contoh sifat terpuji dalam Islam
yang perlu ada dalam diri setiap individu yang mampu memberi kesan terhadap
penjagaan alam sekitar ialah Qanaah, Mahabbah, Ihsan dan Ta'awun.
Qanaah ialah
sikap meredai segala kurniaan Allah untuk keperluan hidup. Dalam erti kata lain
ialah sikap yang tidak tamak dan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah serta
tidak tergolong dalam golongan pembazir. Individu yang mempunyai sikap ini
dalam mengurus alam sekitar akan menunjukkan rasa tidak puas hati jika melihat
hasil bumi dieksploitasi untuk kepentingan individu lain. Sebagai contoh,
mereka yang mempunyai sikap Qanaah dalam diri mereka tidak akan terlibat dengan
pembalakan hutan secara berleluasa dan kurang menyenangi sesetengah pihak yang
sanggup membangunkan negara untuk mendapatkan nama tanpa memikirkan kesan
terhadap alam sekitar seperti tanah runtuh dan hakisan tanah. Keadaan ini
bertepatan dengan ayat Al-Quran surah Al-Qashash ayat 83 iaitu :
“negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya)
itu, Kami sediakan bagi orang-orang Yang tidak bertujuan hendak mendapat
pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan
kerosakan; dan kesudahan Yang baik adalah bagi orang orang yabg bertaqwa.”
Mahabbah pula
ialah sikap mengasihi manusia dan makhluk lain. Mengasihi manusia dan makhluk
lain termasuklah sayang akan alam sekitar serta berusaha memelihara alam
sekitar sebaiknya. Ini kerana sikap mahabbah ini mampu melahirkan kepercayaan
yang telus bahawa setiap komponen alam
sekitar sentiasa berzikir memuji Allah. Komponen-komponen alam sekitar ini
termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Oleh yang demikian, melalui
rasa mahabbah yang tinggi mampu mengawal individu untuk tidak berlaku zalim
terhadap alam sekitar serta sentiasa berjaga-jaga dalam melakukan sesuatu yang melibatkan
sensitiviti alam sekitar. Surah Al-Qashash ayat 77.
“Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan
Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan jangan Engkau
melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah
(kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan
pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan
kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang
berbuat kerosakan.”
Sikap manusia yang sentiasa berhati-hati dalam melakukan
tindakan kerana merasai Allah sentiasa mengawasinya ialah Ihsan. Melalui sikap
ihsan ini, mampu melatih manusia seupaya lebih peka akan keadaan sekeliling.
Sebagai contoh, yang boleh dikaitkan dengan konsep penjagaan alam sekitar
perspektif Islam ini ialah seseorang yang dalam keadaan marah mampu untuk
mengawal dirinya daripada merosakkan tumbuh-tumbuhan disekelilingnya kerana
masih ada sikap ihsan didalam dirinya. Begitu juga jika seseorang yang hendak
mencuri balak-balak di hutan akan segera membatalkan niat jahatnya jika dalam
dirinya masih ada rasa bahawa sentiasa ada yang memerhati segala tidak
tanduknya walaupun bukan di khalayak ramai. Hakikatnya, melalui sikap ihsan ini
jugalah manusia kan sedar bahawa segala yang berada di muka bumi ini hanya
milik Allah dan akan merasa takut untuk membuat kerosakan di bumi ini. Surah
Yunus ayat 40;
“dan diantara mereka
ada Yang beriman kepada Al-Quran dan ada diantaranya Yang tidak beriman
langsung kepadanya; dan (ingatlah), Tuhanmu lebih mengetahui akan orang-orang
Yang melakukan kerosakan”
Ta'awun berasal
daripada Bahasa Arab Ta'awana, Yata'aawuna, Ta'awuna, yang ertinya tolong-
menolong, gotong-royong, bantu-membantu dengan sesama manusia untuk memperoleh
kebaikan serta menghindarkan keburukan. Sikap Ta'awun ini bertepatan dengan
ayat Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2, yang bermaksud;
“.....dan
hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
pencerobohan dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat
azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)”
Sifat ini mengajar manusia untuk sentiasa bertanggungjawab
sesama manusia dan tidak mementingkan diri sendiri. Islam telah menggariskan
beberapa petunjuk dalam menjaga alam sekitar. Contohnya, Islam mengajar bahawa
membuang duri dan halangan di jalan sebagai salah satu daripada cabang iman.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Telah
ditunjukkan kepadaku amal perbuatan umatku, sama ada yang baik atau yang buruk. Aku dapati di antara amalan kebaikan
ialah membuang halangan dari jalan dan di antara amalan buruk, membuang kotoran
(hingus atau air liur) di masjid lalu tidak ditimbus.”
(Riwayat Ibnu Majah)
Sekiranya membuang
duri kecil merupakan satu tuntutan, maka sudah tentu membuang kotoran sisa
toksid, asap, kotoran kilang dan lain-lain pencemaran lebih dituntut demi
menjaga kesejahteraan awam. Melalui sifat ta'awun dalam diri sudah semestinya
alam sekitar dan sekeliling kita terjamin dari pencemaran dan harmoni.
Kesimpulan
Setelah kian lama pendidikan alam sekitar dijalankan dalam
persekolahn formal Barat tetapi semakin lama didapati krisis ekologi dan
kesihatan planet kita semakin parah. Perkara ini menyebabkan ramai tokoh
pendidik dan ahli falsafah berpendapat bahawa pendidikan yang di sajikan itu
masih memerlukan suatu bahan yang boleh membuatkan ramuan pendidikan alam
sekitar lebih bermakna serta dapat menyentuh perasaan halus manusia dengan
lebih mendalam. Rata rata, aspek spiritual telah disarankan sebagai satu elemen
yang boleh memainkan peranan yang signifikan bagi meningkatkan perhubungan
manusia dengan alamnya malah ramai telah mengajak untuk mengembalikan pemikiran
masyarakat kepada satu yang lebih mirip kepada ugama ataupun falsafah lama
(Beringer, 2006) sebagai jalan yang terbaik untuk memulihkan keadaan sekarang.
Pada masyarakat Islam pula, penyelesaian kepada masalah
krisis alam sekitar serta pendidikan yang terbaik untuk menangani kekurangan
kepada pendidikan formal adalah terang dan jelas iaitu menyemaikan aspek aspek
perhubungan manusia dengan alam dan Tuhannya seperti mana yang dituntut oleh
agama Islam. Perkara ini yang lama telah diketepikan dalam pendidikan formal
persekolahan harus di ketengahkan semula dan diperlihatkan sebagai satu
jalan/usaha yang wajar didukung oleh generasi sekarang dan yang akan datang.
Usaha untuk mentransformasikan ayat ayat Quran kepada tindakan ke arah
memulihkan keadaan alam sekitar boleh dilihat sebagai merealisasikan salah satu
prinsip Islam Hadhari iaitu Pemeliharaan Alam Sekitar. Semestinya pendekatan
sedemikian dapat menyumbang terhadap pengurusan Kerajaan Malaysia sekira
pendidikan anak mudanya adalah yang berteraskan ajaran agama.