Isnin, 12 Oktober 2015

PENGURUSAN ALAM SEKITAR SEBAGAI SUMBER DARI SEGI SAINS DAN PERSPEKTIF ISLAM



LAPORAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

PENGURUSAN ALAM SEKITAR SEBAGAI
SUMBER DARI SEGI SAINS DAN
PERSPEKTIF ISLAM


NAMA PENSYARAH: MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI

NAMA AHLI KUMPULAN:
SITI NORHALEEZA BINTI RUSMADI                                         02DKA14F2013
NORSHAZELIANA SHAZREEN BINTI ABDUL MALEK         02DKA14F2041
NURUL ATIQAH BINTI ZAKARIA                                               02DKA14F2055




ISI KANDUNGAN

NO
TAJUK
M/SURAT
1
PENGENALAN
3
2
KEPENTINGAN ALAM SEKITAR MENURUT  PANDANGAN ISLAM
4-6
3
SURAH DAN AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR
7
4
PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM
8-10
5
KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM SUDUT :
“SYARIAH”
11
6
KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM SUDUT:
“AKHLAK”

12-13
7
KESIMPULAN
14


Pengenalan

Pemeliharaan alam sekitar merupakan satu elemen yang penting untuk memastikan kesinambungan kehidupan manusia di dunia ini. Dalam Islam, kehidupan manusia tidak hanya terbatas kepada hubungan sesama manusia tetapi manusia juga diwajibkan menjalinkan hubungan yang baik dengan alam sekitar. Kesejahteraan hidup yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada hubungan harmoni antara manusia dan alam sekitarnya. Setiap kali manusia menarik nafas maka bahan yang disedut ialah gas oksigen. Gas oksigen ini dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan. Sebaliknya, tumbuh-tumbuhan sendiri menghasilkan gas oksigen daripada karbon dioksida yang di dapati daripada manusia dan haiwan. Proses ini akan berulang dan sekiranya ia terhenti, maka kemungkinan tiada lagi penghuni di alam ini.

Al-Quran mempunyai pendekatan sendiri dalam menghuraikan konsep kejadian alam. Al-Quran menegaskan bahawa unsur pertama yang membawa kepada pembentukan alam ini ialah air. Hal ini ditegaskan di dalam Al-Quran berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud:


                          “…dan adalah singgahsana Allah S.W.T (sebelum itu) di atas air…”
                                                                                                                                                   (Hud:7)


Dalam ayat Al-Quran yang lain, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:


                “Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asalnya mula bercantum (sebagai benda yang satu) lalu Kami pisahkan antara keduanya..?Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup..?Maka mengapa mereka tidak mahu beriman. Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang mantapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka,dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. Dan Kami jadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal. Sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya”
                                                                                                                                 (Al-Anbiya’:30-32)


Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling Malaysia (1974), alam sekitar atau persekitaran bermaksud faktor-faktor fizikal yang mengelilingi kehidupan manusia . Ia termasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi dan juga faktor-faktor sosial.yang saling bergantung sesama sendiri, di antara faktor-faktor biologi dengan faktor-faktor fizikal. Manakala, definisi yang lain pula mengatakan bahawa alam sekitar adalah sebagai ekosfera yang mengandungi ekosistem-ekosistem yang saling berinteraksi. Ekosistem pula terdiri daripada faktor-faktor biologi yang saling bergantung sesama sendiri, di antara faktor-faktor biologi dengan faktor-faktor fizikal (Ahmad Badri,1987). Dalam pengertian sains dan teknologi pula, alam sekitar atau persekitaran boleh membawa maksud segala apa yang ada di sekeliling dan berhubung kait dengannya, sehingga menimbulkan suatu suasana atau keadaan. Justeru, setiap sesuatu yang ada di alam nyata ini mempunyai persekitarannya masing-masing, dan sesuatu itu boleh menjadi persekitaran kepada sesuatu yang lain (Fadil Othman, 1996).


Kepentingan Alam Sekitar Menurut Pandangan Islam

Masyarakat seharusnya dididik dan diterapkan tentang kepentingan alam ciptaan Tuhan ini bagi melahirkan masyarakat yang bersyukur dan menghargai segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Alam tabii penting kepada manusia serta semua hidupan lain kerana ia merupakan tempat segala aktiviti manusia termasuklah untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Alam tabii terdiri daripada tiga sumber utama iaitu tanah, udara dan air. Semua sumber alam ini diperlukan untuk menjamin kehidupan manusia. Setiap individu memerlukan alam sekitar yang bersih untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Udara yang bersih amat diperlukan untuk pernafasan yang baik bagi menjamin kesihatan yang memuaskan. Begitu juga sumber air yang bersih amat penting untuk memenuhi keperluan harian manusia termasuklah untuk melakukan ibadat seperti mengambil wuduk dan sebagainya. Manakala, tanah yang subur juga penting untuk menjadikan hasil pertanian dan tumbuh-tumbuhan hidup segar dan boleh membekalkan udara yang bersih kepada manusia. Alam tabii yang bersih juga penting untuk pertumbuhan mental dan fizikal yang baik. Contohnya, mengikut tradisi orang Arab pada masa dahulu, setiap anak yang lahir di bandar akan dihantar dan disusukan di kampung yang mempunyai DP. Jilid 7, Bil. 1/2007 Pendidikan Sains 33 suasana yang lebih indah dan tenang dengan udara yang lebih segar berbanding di bandar. Rasulullah s.a.w sendiri telah dihantar ke kawasan perkampungan Arab Badwi dan tinggal di sana selama empat tahun. Hasilnya, baginda menjadi seorang yang cergas, dapat bertutur dengan fasih dan pandai menunggang kuda kerana keadaan padang pasir yang tenang dan udara yang bersih (Mustafa, 1972). Islam sangat mengambil berat tentang kebersihan, keindahan dan kebaikan kerana Allah S.W.T amat menyukai kebaikan, kesucian dan keindahan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

                         “Sesungguhnya Allah S.W.T itu baik dan menyukai yang baik, bersih dan menyukai yang bersih, mulia dan menyukai yang mulia, pemurah dan menyukai kemurahan.”
                                                                                                                                   (Riwayat Tarmizi)



Kepentingan tanah sebagai sumber alam kepada manusia dan haiwan ialah sebagai:


  Tempat tinggal
Allah S.W.T telah menjadikan manusia dan juga telah mencipta tempat tinggal yang terbaik untuk manusia di atas muka bumi ini.
Maksud firman Allah S.W.T;

                      “Bukankah Kami telah menjadikan bumi tempat berkumpul orang yang hidup dan mati (orang hidup berkumpul di permukaannya dan orang mati ditanam di perut bumi).”
                                                                                                                                (Al-Mursilat:25-26)


  Tempat menyimpan sisa-sisa buangan
Fungsi tanah amat penting untuk menyerap dan menyimpan sisa-sisa yang tidak digunakan lagi supaya tidak mencemarkan alam sekitar. Apabila sisasisa itu telah disimpan dan diserap oleh tanah maka ia tidak lagi mengganggu manusia dengan bau yang busuk, gangguan kesihatan dan sebagainya. Namun begitu, sisa-sisa buangan itu hendaklah ditanam di kawasan-kawasan tertentu supaya tidak mencemarkan kawasan lain.




  Tempat menyimpan dan menapis air
Allah S.W.T telah menurunkan air hujan supaya penduduk di muka bumi ini dapat memanfaatkannya. Air hujan yang diturunkan akan menyerap masuk ke perut bumi dan akan dikeluarkan kembali untuk faedah manusia dan haiwan di muka bumi melalui mata air yang memancar keluar dari gunung-ganang yang kemudian menjadi air terjun yang jernih dan sejuk mngalir menjadi sungai-sungai. Allah S.W.T menjelaskan berkenaan hal ini di dalam Al-Quran yang bermaksud;

                            “Dan Kami telah menurunkan air hujan dari langit (dengan sukatan tertentu) serta Kami tempatkannya tersimpan di dalam bumi,dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.”
                                                                                                                                 (Al-Mukminun:18)


  Tempat untuk pengeluaran hasil pertanian dan ternakan
Struktur tanah yang subur amat penting untuk akiviti pertanian di samping meningkatkan pengeluarannya bagi menampung keperluan hidup manusia. Hal ini disebabkan sumber utama makanan manusia adalah berpunca daripada hasil pertanian. Selain itu, tanah-tanah lembah yang dipenuhi tumbuhan menghijau juga amat sesuai dijadikan tempat untuk memelihara binatang ternakan. Maksud Firman Allah S.W.T:

                     “Tanah yang baik tumbuh tanamannya (dengan subur) dengan izin Tuhan (Allah), tetapi tanah yang tidak baik, tumbuh-tumbuhannya hanya tumbuh merana. Begitulah Kami menjelaskan keterangan itu untuk kamu yang bersyukur (menghargai jasa).”
                                                                                                                                           (Al-A’raf:58)


  Sumber sedekah
Tanah boleh dijadikan sumber sedekah sama ada kepada sanak saudara, sahabat handai dan sebagainya. Tanah juga boleh diwakafkan untuk kepentingan umat Islam seperti untuk dijadikan masjid, rumah anak-anak yatim, sekolah dan sebagainya. Sudah pasti tanah yang ingin disedekahkan untuk tujuan kebaikan mempunyai nilai dan kualiti yang baik dan bukannya tanah yang telah tercemar. Tanah yang telah tercemar hanya akan memberikan kesan yang negatif kepada manusia, haiwan dan tumbuhtumbuhan. (Norhibah, 1999)


  Sumber makanan dan minuman
Manusia dan makhluk lain di muka bumi ini amat memerlukan air untuk diminum dan menghadamkan makanan di dalam perut. Allah S.W.T telah memelihara nilai air dengan sebaik-baiknya supaya kehidupan manusia tidak terjejas. Buktinya, Allah S.W.T telah mengadakan sempadan antara air tawar dengan air masin sehingga kedua-duanya tidak bercampur. Hal ini disebabkan manusia tidak boleh meminum air laut yang mengandungi garam yang tinggi. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah S.W.T di dalam AlQuran yang bermaksud:


                      “Dan Dialah (Allah S.W.T) yang memberikan dua laut mengalir (berdampingan),yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit. Dia jadikan antara kedua-duanya dinding dan batas yang menghalangi.”
                                                                                                                                       (Al-Furqan:53)




  Sumber tenaga
Air juga dapat menjadi sumber kepada pengeluaran tenaga elektrik hidro untuk kegunaan penduduk serta pertumbuhan ekonomi. Selain daripada dapat menjana tenaga elektrik hidro, empangan air tersebut juga boleh menampung air sungai supaya tidak melimpah dan menyebabkan kejadian banjir.



  Tempat mencari rezeki
Laut dan sungai juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada manusia contohnya sebagai nelayan, ahli pelayaran dan sebagainya. Di dalam laut juga terdapat sumber ekonomi, perhiasan dan sumber lain yang penting kepada manusia. Hal ini telah diterangkan oleh Allah S.W.T dalam firmanNya yang bermaksud;

                     “ Dan Dialah yang menyediakan lautan, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang segar dan kamu dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya dan kamu juga dapat melihat kapal-kapal belayar padanya, supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan supaya kamu bersyukur”
                                                                                                                                          (Al-Nahl:14)
                                                                                                                                          



Antara surah-surah dan ayat-ayat Al-Quran yang disebut tentang semua yang berkaitan alam sekitar seperti yang berikut :-



1.      PERINTAH UNTUK TIDAK BERBUAT KEROSAKAN DI BUMI

  Surah Asy Syu'araa : ayat 183

    “Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajarela melakukan kerosakan di bumi” 




      2.    KESAN DAN AKIBAT DARIPADA PERBUATAN MANUSIA

  Surah Ar-Rum : ayat 41

                   “telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”




     3.    BALASAN BAGI ORANG YANG BERBUAT KEROSAKAN

  Surah Ar-Ra'd : ayat 25

               “dan (sebaliknya) orang-orang Yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memustuskan perkara-perkara Yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, - mereka itu beroleh laknat, dan mereka pula beroleh akal fikiran Yang melarang kaumnya dari perbuatan -perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada Yang melarang melainkan sedikit sahaja, Iaitu orang-orang Yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang Yang tidak melarang itu telah menitikberatkan segala kemewahan Yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang Yang berdosa”.



Pemuliharaan Alam Sekitar Menurut Islam

Dalam Islam, pendidikan mempunyai kaitan dengan pembangunan sistem kepercayaan individu dan nilai yang membantu membina pandangan yang mantap tentang kehidupannya. Ia juga mempunyai kaitan dengan penyampaian ilmu tentang penciptaan yang membangkitkan kekagumannya terhadap Pencipta dan menggalakkan kefahamannya tentang keperluan menjaga dan menghormati apa sahaja sumber-sumber penciptaan yang digunakan demi faedah manusia (Yunus Negus, 1991). Di dalam ajaran Islam sebagaimana yang telah ditunjuki Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a, soal kepentingan menjaga kebersihan, kesihatan dan alam sekitar memang dititikberatkan. Ini penting untuk menjamin keselesaan dan kesejahteraan hidup yang menjadi fitrah manusia untuk menikmatinya. Ajaran Islam yang memang sesuai dengan fitrah manusia menganjurkan supaya umatnya mengawal keadaan persekitarannya agar wujud suasana yang harmoni, selesa dan damai seperti mana firman Allah S.W.T yang bermaksud:

             “Dan Allah mengadakan untukmu segala apa yang ada di bumi ini dan seluruhnya.”
                                                                                                                             (Surah al-Hajj 22:65)

       “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah memperbaikinya.”              
                                                                                                                             (Surah al-A’raf 7:56)

Aspek utama dalam setiap perkara yang ingin dilakukan dalam kehidupan ini ialah konsep tauhid iaitu kepercayaan dan keimanan yang sepenuhnya terhadap Tuhan Yang Maha Esa iaitu Allah S.W.T. Begitu juga dalam hal memulihara alam tabii. Keimanan yang teguh kepada Allah S.W.T. dapat menundukkan kepentingan individu kepada kepentingan masyarakat. Sifat individualistik tidak akan diamalkan dalam menggunakan sumbersumber alam tabii. Ini disebabkan seseorang yang beriman kepada Allah S.W.T serta hari akhirat dengan sebenar-benarnya akan sentiasa mengingati bahawa setiap perbuatannya di muka bumi pasti akan diadili pada hari akhirat kelak. Hal ini merupakan ikatan yang kuat untuk mencegah manusia membuat sesuatu kerosakan di dunia ini.Walaupun keimanan dalam diri dapat mencegah manusia daripada melakukan kerosakan di dunia ini namun undang-undang dan peraturan tertentu masih diperlukan dalam memastikan kepentingan masyarakat dapat dipelihara dengan sebaik-baiknya. Ini disebabkan tahap keimanan manusia yang berbeza dan memerlukan kepada suatu undangundang untuk mengawal peradaban manusia. Syari’ah adalah teras perundangan hidup Islam yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia dan meliputi kehidupan peribadi, sosial, politik dan sebagainya. Dalam pemuliharaan alam semula jadi, salah satu prinsip syari’ah yang paling asas ialah pengisytiharan Nabi Muhammad s.a.w bahawa “tidak boleh merosakkan dan tidak boleh mengekalkan kerosakan”. Para sarjana undang-undang Islam menjelaskan maksud prinsip tersebut ialah tiada siapa yang boleh menyebabkan kecederaan ke atas makhluk lain dan tidak boleh menyalahgunakan hak-hak asas yang diberikan kepada mereka (Llewellyn, 1982).


Dalam Islam terdapat beberapa prinsip yang penting tentang hubungan antara manusia dengan alam sekitar. Antaranya ialah:

i.        Setiap ciptaan Allah di atas muka bumi ini telah diciptakan mempunyai peranan dan fungsi tertentu. Segalanya saling melengkapi antara satu sama lain. Hal ini dapat dilihat daripada firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran yang bermaksud:

          “Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut taqdir (yang telah ditentukan)”                                                                                                                         
                                                                                                                                       (Al-Qamar:49)


   ii.  Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia sahaja. Setiap ciptaan Allah menjadi bukti
        kebesaran dan sebagai tanda kekuasaan Allah. Maksud firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran:

     “Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan main-main. Sekiranya Kami hendak membuat sesuatu permainan, tentulah kami membuatnya dari sisi Kami. Jika Kami menghendaki berbuat demikian (tetapi Kami tidak melakukan perkara demikian itu).”
                                                                                                                                 (Al-Anbiya’:16-17)

  “Dialah Tuhan yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan dan Dia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan untuk lalu-lalang; dan Dia juga telah menurunkan hujan dari langit.Maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlain-lain keadaannya. Makanlah kamu daripadanya dan berilah makan binatang-binatang ternak kamu, sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kemurahan Allah, bagi orang-orang yang berakal fikiran.”
                                                                                                                                           (Taha:53-54)


iii.    Manusia adalah sebahagian daripada alam ciptaan Allah dan mempunyai hubungan yang rapat
       dengan alam sekitarnya. Manusia juga telah ditugaskan sebagai khalifah di muka bumi yang
       bertanggung jawab untuk menguruskan bumi ini sebaik mungkin seperti maksud firman Allah
       S.W.T. di dalam Al-Quran:

        “(Ingatlah) ketikaTuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang Khalifah di atas muka bumi. Maka mereka menjawab :Adakah patut Engkau menjadikan di atas muka bumi orang yang berbuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami bertasbih memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Allah berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tiada kamu ketahui. Allah mengajarnya semua nama benda kemudian dibawa benda-benda itu kepada Malaikat,lalu Allah berfirman; “Khabarkan kepada-Ku nama benda-benda ini, jika kamu yang benar”. Jawab mereka: “Maha Suci Engkau tidaklah kami tahu sesuatu itu kecuali apa-apa yang engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana”.Allah berfirman: “Hai Adam, beritahulah kepada Malaikat nama benda-benda ini.”
                                                                                                                                (al-Baqarah:30-32)


iv.  Konsep keadilan dalam Islam meliputi semua makhluk sama ada haiwan, tumbuhan dan
      sebagainya yang ada di atas muka bumi ini.
      Maksud firman Allah s.w.t.:

       “Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burungburung yang terbang dengan kedua-dua sayapnya, adalah umat-umat seperti kamu juga. Dan mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka akhirnya.”
                                                                                                                                        (Al-An’am:38)


v.  Manusia tidak berhak untuk mengekploitasi sumber alam sewenangwenangnya kerana segalanya
    adalah milik Allah. Setiap makhluk ciptaan Allah adalah sama tarafnya dengan manusia. Allah
    s.w.t berfirman di dalam al-Quran:

            “Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. Dialah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”
                                                                                                                                            (Al-Hajj:64)


          “Tidakkah kamu tahu bahawasanya kepada Allah bertasbih segala apa yang ada di langit dan di bumi dan burung-burung yang mengembangkan sayapnya. Masing-masing mengetahui (cara) berdoa dan bertasbih. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
                                                                                                                                             (Al-Nur:41)


Di samping itu, konsep ibadat di dalam Islam tidak hanya terhad kepada ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji sahaja namun turut meliputi segala perbuatan yang mendatangkan kebaikan kepada manusia ataupun alam sekitarnya. Malahan, perbuatan meninggalkan segala larangan Allah S.W.T juga merupakan satu perjuangan yang memberikan pahala kepada umat Islam. Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T dengan tegas melarang manusia daripada melakukan kerosakan di muka bumi dengan maksud firman-Nya:


                      “…janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi…”
                                                                                                                                     (Al-Baqarah:11)


             “…dan janganlah kamu bermaharajalela di muka bumi dengan melakukan kerosakan.”
                                                                                                                                    (Al-Syu’ara:183)




KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM SUDUT :
“SYARIAH”

      Umum mengetahui, syariah merupakan perundangan hidup Islam yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah. Perlaksanaan syariah dalam konsep penjagaan alam sekitar cukup memberi impak yang besar. Hal ini kerana hanya Islam yang melaksanakan lunas-lunas peraturan yang berasaskan Islam agar persekitaran alam sekitar di kekalkan dan di gunapakai mengikut peraturan-peraturan yang telah di tetapkan dan bukan hanya mengikut hawa nafsu dan kehendak manusia semata-mata.

      Alam sekitar merupakan salah satu kurniaan teragung Allah S.W.T kepada ummat-ummatnya dalam memenuhi tuntutan fitrah manusia. Malahan, bumi ini hanyalah tanah gersang semata-mata andai tidak dikurniakan alam sekitar yang indah seterusnya menjadi tempat tinggal bagi manusia serta makhluk sekalian alam untuk mensyukuri serta menikmati keindahan ciptaan Allah S.W.T.

     Dalam memenuhi tuntutan hidup sebagai manusia serta khalifah Allah di muka bumi ini, manusia perlu dipandu dan diajar mengikut ajaran-ajaran yang telah ditetapkan Islam. Pendidikan Islam dalam mendidik manusia terhadap penjagaan alam sekitar amat berbeza dengan pendidikan yang ingin disampaikan oleh barat. Pendidikan Islam merangkumi aspek fizikal dan rohani tetapi pendidikan barat hanya menekankan aspek fizikal.

    Saban waktu alam sekitar sering dikaitkan dengan penerokaan terhadap alam sekitar seperti pokok-pokok dan tumbuh-tumbahan yang menghijau merupakan elemen utama dan penting bagi membekalkan sumber oksigen kepada makhluk sekalian alam. Andai alam sekitar ini tidak diurus tadbir dengan seeloknya seperti pembalakan yang tidak terurusserta pencemaran alam sekitar yang berleluasa dikhuatiri bakal mengancam kebelangsungan hidup makhluk-makhluk yang mendiami. Di sinilah peri pentingnya, syariah dalam mengurus tadbir penjagaan dan penggunaan alam sekitar.  Dalam syariah, Islam menggariskan perkara-perkara tertentu agar elemen-elemen penting alam sekitar dapat disedia dengan rapi dan seimbang untuk menjamin masa hadapan kepada generasi-generasi mendatang. Sesuai dengan apa yang telah dinyatakan oleh Allah di dalam Al Quran bahawasanya Allah berfirman dalam Surah  Ar-Ra'du:3,
 
    “Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir”



KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM SUDUT:
“AKHLAK”

      Definisi akhlak dari sudut bahasa iakah berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama' daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat, kelakuan, perangai, tingkah laku, maruah, adat kebiasaan, malah ia juga bererti agama itu sendiri. Manakala dari sudut isitilah pula ialah sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan. Akhlak juga merupakan satu fasa yang membincangkan tingkah laku dan tatacara hubungan manusia terhadap Allah, hubungan manusia dengan manusia serta manusai dengan alam sekitar.

      Konsep penjagaan alam sekitar perspektif Islam juga turut menekankan dari sudut akhlak. Ini kerana, akhlak memainkan peranan penting yang berkait rapat lahir dari Aqidah yang utuh serta pemahaman yang terperinci dalam syariah. Melalui akhlak, keperibadian seseorang muslim dibina dengan sifat-sifat yang terpuji dalam tindakan terhadap alam sekitar. Empat contoh sifat terpuji dalam Islam yang perlu ada dalam diri setiap individu yang mampu memberi kesan terhadap penjagaan alam sekitar ialah Qanaah, Mahabbah, Ihsan dan Ta'awun.

     Qanaah ialah sikap meredai segala kurniaan Allah untuk keperluan hidup. Dalam erti kata lain ialah sikap yang tidak tamak dan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah serta tidak tergolong dalam golongan pembazir. Individu yang mempunyai sikap ini dalam mengurus alam sekitar akan menunjukkan rasa tidak puas hati jika melihat hasil bumi dieksploitasi untuk kepentingan individu lain. Sebagai contoh, mereka yang mempunyai sikap Qanaah dalam diri mereka tidak akan terlibat dengan pembalakan hutan secara berleluasa dan kurang menyenangi sesetengah pihak yang sanggup membangunkan negara untuk mendapatkan nama tanpa memikirkan kesan terhadap alam sekitar seperti tanah runtuh dan hakisan tanah. Keadaan ini bertepatan dengan ayat Al-Quran surah Al-Qashash ayat 83 iaitu :

“negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang Yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan Yang baik adalah bagi orang orang yabg bertaqwa.”

    Mahabbah pula ialah sikap mengasihi manusia dan makhluk lain. Mengasihi manusia dan makhluk lain termasuklah sayang akan alam sekitar serta berusaha memelihara alam sekitar sebaiknya. Ini kerana sikap mahabbah ini mampu melahirkan kepercayaan yang telus bahawa setiap  komponen alam sekitar sentiasa berzikir memuji Allah. Komponen-komponen alam sekitar ini termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Oleh yang demikian, melalui rasa mahabbah yang tinggi mampu mengawal individu untuk tidak berlaku zalim terhadap alam sekitar serta sentiasa berjaga-jaga  dalam melakukan sesuatu yang melibatkan sensitiviti alam sekitar. Surah Al-Qashash ayat 77.

“Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan jangan Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan.”


Sikap manusia yang sentiasa berhati-hati dalam melakukan tindakan kerana merasai Allah sentiasa mengawasinya ialah Ihsan. Melalui sikap ihsan ini, mampu melatih manusia seupaya lebih peka akan keadaan sekeliling. Sebagai contoh, yang boleh dikaitkan dengan konsep penjagaan alam sekitar perspektif Islam ini ialah seseorang yang dalam keadaan marah mampu untuk mengawal dirinya daripada merosakkan tumbuh-tumbuhan disekelilingnya kerana masih ada sikap ihsan didalam dirinya. Begitu juga jika seseorang yang hendak mencuri balak-balak di hutan akan segera membatalkan niat jahatnya jika dalam dirinya masih ada rasa bahawa sentiasa ada yang memerhati segala tidak tanduknya walaupun bukan di khalayak ramai. Hakikatnya, melalui sikap ihsan ini jugalah manusia kan sedar bahawa segala yang berada di muka bumi ini hanya milik Allah dan akan merasa takut untuk membuat kerosakan di bumi ini. Surah Yunus ayat 40;

 “dan diantara mereka ada Yang beriman kepada Al-Quran dan ada diantaranya Yang tidak beriman langsung kepadanya; dan (ingatlah), Tuhanmu lebih mengetahui akan orang-orang Yang melakukan kerosakan”

Ta'awun  berasal daripada Bahasa Arab Ta'awana, Yata'aawuna, Ta'awuna, yang ertinya tolong- menolong, gotong-royong, bantu-membantu dengan sesama manusia untuk memperoleh kebaikan serta menghindarkan keburukan. Sikap Ta'awun ini bertepatan dengan ayat Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2, yang bermaksud;

  “.....dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)”

Sifat ini mengajar manusia untuk sentiasa bertanggungjawab sesama manusia dan tidak mementingkan diri sendiri. Islam telah menggariskan beberapa petunjuk dalam menjaga alam sekitar. Contohnya, Islam mengajar bahawa membuang duri dan halangan di jalan sebagai salah satu daripada cabang iman. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

 “Telah ditunjukkan kepadaku amal perbuatan umatku, sama ada yang baik atau yang  buruk. Aku dapati di antara amalan kebaikan ialah membuang halangan dari jalan dan di antara amalan buruk, membuang kotoran (hingus atau air liur) di masjid lalu tidak ditimbus.”
                                                                                                                            (Riwayat Ibnu Majah)

   Sekiranya membuang duri kecil merupakan satu tuntutan, maka sudah tentu membuang kotoran sisa toksid, asap, kotoran kilang dan lain-lain pencemaran lebih dituntut demi menjaga kesejahteraan awam. Melalui sifat ta'awun dalam diri sudah semestinya alam sekitar dan sekeliling kita terjamin dari pencemaran dan harmoni.



Kesimpulan

Setelah kian lama pendidikan alam sekitar dijalankan dalam persekolahn formal Barat tetapi semakin lama didapati krisis ekologi dan kesihatan planet kita semakin parah. Perkara ini menyebabkan ramai tokoh pendidik dan ahli falsafah berpendapat bahawa pendidikan yang di sajikan itu masih memerlukan suatu bahan yang boleh membuatkan ramuan pendidikan alam sekitar lebih bermakna serta dapat menyentuh perasaan halus manusia dengan lebih mendalam. Rata rata, aspek spiritual telah disarankan sebagai satu elemen yang boleh memainkan peranan yang signifikan bagi meningkatkan perhubungan manusia dengan alamnya malah ramai telah mengajak untuk mengembalikan pemikiran masyarakat kepada satu yang lebih mirip kepada ugama ataupun falsafah lama (Beringer, 2006) sebagai jalan yang terbaik untuk memulihkan keadaan sekarang.

Pada masyarakat Islam pula, penyelesaian kepada masalah krisis alam sekitar serta pendidikan yang terbaik untuk menangani kekurangan kepada pendidikan formal adalah terang dan jelas iaitu menyemaikan aspek aspek perhubungan manusia dengan alam dan Tuhannya seperti mana yang dituntut oleh agama Islam. Perkara ini yang lama telah diketepikan dalam pendidikan formal persekolahan harus di ketengahkan semula dan diperlihatkan sebagai satu jalan/usaha yang wajar didukung oleh generasi sekarang dan yang akan datang. Usaha untuk mentransformasikan ayat ayat Quran kepada tindakan ke arah memulihkan keadaan alam sekitar boleh dilihat sebagai merealisasikan salah satu prinsip Islam Hadhari iaitu Pemeliharaan Alam Sekitar. Semestinya pendekatan sedemikian dapat menyumbang terhadap pengurusan Kerajaan Malaysia sekira pendidikan anak mudanya adalah yang berteraskan ajaran agama.